Assalamualaikum
27 - 31 Januari 2012, berlangsung Pertandingan Debat 1 Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh kerana aku masih berpraktikum, tak dapat ikut serta daripada hari pertama sehingga akhir. Namun Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk pergi menjenguk jejaka kacak UPSI di sana pada hari Ahad.
Jujur, aku sangat rindu dengan suasana pertandingan debat. Sangat rindu dengan keluarga debat UPSI. Sangat rindu untuk bersama mereka dan duduk makan beramai-ramai. Alhamdulillah juga pada hari itu aku dapat berjumpa dengan Dean, Zalie, Abg Suhaimi, Azam, Asri, Kak Aini dan Cik Sha.
1. Kepada Zalie, ini kali pertama anda mewakili universiti. Semoga pada masa akan datang anda akan terus mewakili universiti. InsyaAllah.
2. Kepada Abang Suhaimi, selagi anda belum bergraduasi sila terus berjuang bersama Kelab Debat UPSI.
3. Kepada Dean, teruskan momentum anda untuk sentiasa menjadi pendebat ketiga yang terbaik.
4. Kepada Asri, seronok kan Kelab Debat UPSI ? Hehe.
Tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana bateri kamera habis. Oh, pertandingan akhir akan dilangsungkan pada 31 Januari jam 8 malam dan akan menemukan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaya. Tahniah kepada kedua-dua pasukan !
Akhir kalam, sangat seronok dapat bertemu mereka. Membuatkan aku terasa ingin untuk menyambung pengajian di UPSI dan kembali berjuang bersama Kelab Debat UPSI. InsyaAllah. Sayang kamu semua !






