Monday, January 23, 2012

Kecil ke Besar

Assalamualaikum

Masih kenal siapa yang selalu anda jumpa daripada kecil hingga besar dan mempunyai pertalian darah dengan anda ? Selalu jumpa masa raya. Kalau yang rumah dekat tu mesti lagi kerap jumpa. Sepupu adalah anak daripada adik-beradik ibu atau ayah kita.

Aku mempunyai seorang sepupu yang sangat mengenali aku dengan rapat. Daripada kecil selalu bermain bersama, bersekolah di sekolah yang sama daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah, rumah dekat dan selalu berjumpa sehingga sekarang. Walaupun kami belajar di universiti yang berlainan, setiap kali cuti kalau boleh mesti lepak sama.


Tu dia Iwan ! Tua setahun daripada aku dan merupakan seorang mahasiswa daripada Universiti Malaysia Pahang. Dia seperti abang kepada aku. Apa sahaja masalah mesti dia akan tahu dan haruslah banyak bagi nasihat kan. Aku sayang sepupu aku yang sorang nih ! Adakah anda masih mempunyai sepupu yang rapat ? Kongsi cerita !

2 kritikan:

FatinKpopLover said...

nnty awk nk pilih upsi jgak ke? awk amik kos pe nnty?

Musfirah Hasan said...

err motif tanya kat sini ? haha xtahu lg fatin. no pin pun x beli lagi.