Friday, January 20, 2012

Nasihat Emak

Assalamualaikum

Aku seorang gadis yang susah mahu beli barang aksesori diri seperti beg, baju, seluar, kasut dan sebagainya. Kekangan untuk membeli biasanya berlaku kerana mahu menjimatkan duit dan susah buat pilihan. Lagi satu sebab utama ialah kekangan ibu bapa.

Bukanlah mereka menghalang sangat cuma mereka mahu anak mereka mengamalkan sikap beli barang bila barang sedia ada sudah tidak boleh digunakan. Nampak macam lapuk tapi sebenarnya mereka mahu mengajar cara-cara untuk berjimat.

Kisahnya begini. Tadi aku berkenan sangat dengan 1 beg ni. Warna merah jambu dan boleh dibawa berjalan. Lalu aku pun menghubungi mak dan meminta kebenaran untuk beli beg tersebut. Mak kata fikir sendiri baik dan buruk, lagipun beg yang dibeli di Shanghai pun elok lagi. Jangan membazir katanya.

Bila dah fikir baik dan buruk, aku membuat keputusan untuk membeli beg tersebut memandangkan aku pasti akan menggunakannya. Malangnya beg yang menjadi pilihan aku mempunyai kecacatan dan aku pun membatalkan hasrat untuk membeli. Nampak ? Kan mak dah nasihat jangan beli. Senyum.

Gambar Hiasan

p/s : Aku tetap mahu beli beg bila berkesempatan nanti >.<

2 kritikan:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Anak emak .. Untung masih ada emak !

Musfirah Hasan said...

Alhamdulillah :)